Asalamualaikum kepada semua yang beragama islam dan salam sejahtera kepada yang bukan islam. Berdirinya saya di sini pada jam 23:50 , bertarikh 29 Disember 2012 (Nampak ke saya menaip sambil berdiri?) merasmikan pembukaan blog saya ini.
Blog Itu... Dia...! ini adalah sebuah blog yang saya tak berapa nak tahu nak bubuh tentang apa sebenarnya. Hahahahaha. Ini kali pertama dalam hidup saya membuat blog selama 30 tahun saya hidup di atas bumi indah ciptaan yang maha Esa ini jeng, jeng, jeng. Oleh itu silalah beri tunjuk ajar kepada hamba yang amat noob tentang blogging ini.
Terima Kasih
Yang Benar, Sebenar-benarnya Yang Benar:
Tempoyak B. Belacan Hangus
29.12.2012
23:50HRS
01:12HRS (Waktu kutub selatan)